- Julat
Bagi data terkumpul, julat adalah titik tengah kelas tertinggi-titik tengah kelas terendah.
Bagi ogif yang diberi
- Kuartil pertama ialah nilai pada paksi mengufuk ogif di mana kekerapan longgokan adalah 1/4 daripada jumlah kekerapan
- Kuartil kedua (median) ialah nilai pada paksi mengufuk ogif di mana kekerapan longgokan adalah 1/2 daripada jumlah kekerapan
- Kuartil ketiga ialah nilai pada paksi mengufuk ogif di mana kekerapan longgokan adalah 3/4 daripada jumlah kekerapan
- Julat antara Kuartil
- Ia berdasarkan kuartil pertama dan kuartil yang ketiga . Perbezaan dipanggil julat antara kuartil.
Dengan menggunakan ogif di bawah sebagai contoh
Kuartil pertama ialah nilai ke (1/4 x 40) iaitu nilai ke 10.
Kuartil pertama adalah 39.
Kuartil kedua ataupun median ialah nilai ke (1/2 x 40) iaitu nilai ke 20.
Kuartil kedua adalah 44.5
Kuartil ketiga ialah nilai ke (3/4 x 40) iaitu nilai ke 30.
Kuartil ketiga adalah 49.
Jarak antara kuartil adalah 49-39 = 10
9 comments:
Apa mksd 1/2 & 1/4 & 3/4
x faham la cikgu
Tu adalah formula utk dpt kan kuartil2 tu
Dia mesti jarak satu ke?
Terima kasih cikgu
Tak phm
nais
Post a Comment