Saturday, 9 June 2012

SUKATAN SERAKAN

  • Julat
Bagi data tidak terkumpul, julat = nilai tertinggi-nilai terendah
Bagi data terkumpul, julat adalah titik tengah kelas tertinggi-titik tengah kelas terendah.


Bagi ogif yang diberi
  • Kuartil pertama ialah nilai pada paksi mengufuk ogif di mana kekerapan longgokan adalah 1/4 daripada jumlah kekerapan
  • Kuartil kedua (median) ialah nilai pada paksi mengufuk ogif di mana kekerapan longgokan adalah 1/2 daripada jumlah kekerapan 
  • Kuartil ketiga ialah nilai pada paksi mengufuk ogif di mana kekerapan longgokan adalah 3/4 daripada jumlah kekerapan 
  • Julat antara Kuartil
  • Ia berdasarkan kuartil pertama dan kuartil yang ketiga . Perbezaan dipanggil julat antara kuartil. 

Dengan menggunakan ogif di bawah sebagai contoh



Kuartil pertama ialah nilai ke (1/4 x 40) iaitu nilai ke 10.
Kuartil pertama adalah 39.

Kuartil kedua ataupun median ialah nilai ke (1/2 x 40) iaitu nilai ke 20.
Kuartil kedua adalah 44.5

Kuartil ketiga ialah nilai ke (3/4 x 40) iaitu nilai ke 30.
Kuartil ketiga adalah 49.

Jarak antara kuartil adalah 49-39 = 10

0 comments:

Post a Comment