Sunday, 24 June 2012

PENAAKULAN MATEMATIK


Pernyataan ialah satu ayat yang benar atau palsu tetapi bukan kedua-duanya.

 
Contoh:
5 + 6 = 10      :Pernyataan palsu
4 adalah nombor genap     :Pernyataan benar

Jenis ayat seperti soalan, arahan dan seruan bukanlah pernyataan:
Contoh:
Siapa nama kamu?
Jangan bising!

  • Hujah
Satu proses membuat  kesimpulan berdasarkan pernyataan yang diberi beberapa.
Hujah terdiri daripada premis dan kesimpulan.
Premis = kenyataan yang diberikan

Mengenal pasti premis dan kesimpulan dalam setiap hujah berikut:

Jika x ialah nombor genap, maka 3x ialah nombor genap. 14 adalah nombor genap. Oleh itu, 42 ialah nombor genap.
Premis 1: Jika x ialah nombor genap, maka 3x ialah nombor genap
Premis 2: 14 adalah nombor genap
Kesimpulan: 42 adalah nombor genap.

Heksagon A mempunyai 6 sisi. ABCDEF adalah heksagon. Oleh itu, ABCDEF mempunyai 6 sisi
Premis 1: Sebuah heksagon mempunyai 6 sisi.
Premis 2: ABCDEF adalah heksagon.
Kesimpulan: ABCDEF mempunyai 6 sisi.

1 comments:

Haikal Alias said...

tq

Post a Comment